Isnin, 22 Disember 2025

BAGI PESARA, ADAKAH KITA BENAR-BENAR BERSARA

Saya bukanlah penulis yang versatile, atau penulis yang ada nama. Saya cuma nak berkongsi cerita saja. Kalau suka, sudi-sudikanlah membacanya.  Mari sahabat-sahabat baca coretan saya, maklumlah orang pencen ni banyak masa sengkang terutamanya waktu malam lepas solat Isya. Waktu inilah selalu aku duduk atas meja komputer usang sambil bingkas membuka laptop hp lama untuk cuba menggarap cerita-cerita yang disangkakan boleh viral tapi sebenarnya cuma menulis cerita picisan yang "kelaut".  Maklumlah orang pencen ni banyak masa sengkang terutamanya waktu malam lepas solat Isya. Waktu inilah selalu aku duduk atas meja komputer usang, sambil bingkas membuka laptop hp lama untuk cuba menggarap cerita-cerita yang disangkakan boleh viral tapi sebenarnya cuma menulis cerita picisan yang "kelaut".

Hari ini kita berbicara pasal orang pencen. kenapa aku "up" cerita orang pencen ni. Sebab aku pun dah dalam kelompok dia orang. diam tak diam dah 4 tahun aku bergelar pesara Kita tanya mereka apa rutin harian mereka tiap hari.  Orang bersara ni kadang mereka lupa dan mereka tak sedar yang mereka semakin berusia. kadang-kadang orang panggil abang, bila nampak matang sikit orang panggil pak pakcik, yang panggil atok lagilah ramai (memang itupun selayaknya) tapi yang paling "win" orang panggil dia, dia buat bodoh je. maksudnya apa tu. ha ha ha faham faham sendirilah. nak cakap awak pekak ke? kang marah pulak atok-atok, nenek-nenek pesara ni.

Dulu masa aku kerja, hati ini sentiasa berkata, bilalah kerja-kerja ni nak "settle". Pencen lambat lagi, hari hari ngadap benda yang sama. Menghadap masalah, menghadap perangai boss boss, perangai kawan-kawan,perangai pelanggan dan macam-macam lagi yang terpaksa diharungi selagi kita bergelar pekerja. Adakah bersara itu merehatkan kita dari mendepani perkara-perkara yang dulu kita terpaksa hadapai setiap hari. Rutin kerja yang sibuk, mengharungi kesesakan lalulintas bila balik kerja, bawa balik tugasan yang tidak selesai kerumah dan sambung tugasan dirumah sambil kena "ngomel' dengan isteri". "Hai bang kat rumah pun buat kerja lagi ke?".

Bila sebut pasal bersara orang lebih senang sebut pencen. Bila kawan-kawan atau sedara mara jumpa kita, mereka selalu asyik tanya dah bersara ke?  Ada setengahnya menegur kita dengan sinis "ko dah pencen ke?' Dia orang ni macam tau tau je umur kita dah masuk otai-otai yang ada rupa pencen.

Sekarang aku dah pencen. Dah bersara pun. Dah hampir empat tahun meninggalkan dunia pekerjaan. Sepi dari senda gurauan rakan sekerja, Sunyi dari soalan-soalan 'student student" aku yang menjadi teman kuliah ku semasa mengajar. Putus sudah idea-idea bernas yang pernah kita cadangkan dan bentangkan sewaktu mesyuarat jabatan. tapi yang paling terkesan, dah takde sesiapa dengar dan menerima ide-ide kita, teman teman opis pun dah tak hubungi kita lagi. Janganlah pulak kita  selepas bersara ni pepagi buta 'buang tabiat'  berpakaian kemas, baju lengan panjang, seluar slack dan bertali leher, pandu kereta dan meluncur laju cuba-cuba jejak balik tempat kita kerja dulu. itu namanya gila bayang...meroyan pulak dahhhh.

Orang pencen pesara ni bila dah tau diri tak bekerja lagi tu, rendah-rendahkanlah diri. Janganlah asyik bercakap menongkat langit. Jadilah orang yang sentiasa dibawah (merendah diri). Orang pun dah tak suka dengar arahan kita. Banyakkan lah bezikir, kurangkanlah bercakap, keraplah duduk dalam majlis-majlis ilmu yang didalamnya penuh kerberkatan  dan dapat melembutkan hati yang keras, jadikanlah masjid sebagai rumah kedua kita selain rumah kita yang ada anak isteri yang sudi menemani dan melayan kita waktu saat begini.

Orang bersara ni pun banyak kategorinya, banyak karenahnya, banyak 'cengkedak"nya. Lagi susah nak kawal diri. Besar nafsunya.  Banyak sangat keinginan dan cita-cita. padahal umur semakin dimamah usia. Umur yang bilangan nombornya bukan petanda semakin panjang untuk hidup didunia. Itu tanda kita kena bersedia cari bekal akhirat sebanyak-banyaknya. Kumpullah selagi terdaya, selagi sihat, selagi mampu. Kesihatan pun tak macam dulu, hari ini ok esok ko, nafsu nampak macam galak walau tenaga semakin berkurang, pendegaran semakin kurang jelas, cucu menjerit sebelah pun buat "dek" saja, gigi semakin jarang, makan pun main telan, apa saja perkara nak buat sering tak kena. itulah hakikatnya insan bergelar orang pencen@pesara..  

Orang tanya aku apa tu makna pencen.Hurm... aku nak jawab pun susah juga. Mudahnya aku jawab pencen ni orang berehat dan lenyapkan tugas hakiki. hakikatnya orang pencen tak serab rehat. makin sibuk adalah. Bangun pagi bukan jam 6 lagi, bukan mandi untuk fikir nak kerja. Bangun pagi rutin pun bertukar, bangun jam 430 pagi paling lewat pun jam lima. Bangun bukan nak fikir pasal kerja, tapi fikir cukup tak amalan yang hendak dibawa nanti bila berjumpa Allah SWT. Bangun pagi fikir pasal kehidupan selepas mati, bangun pagi sentiasa bersyukur, Allah bagi kita nyawa lagi. Makanya bangun pagi jangan lupa sentiasa ucap syukur kepada Allah. Allah bagi kita bernafas lagi. Maknanya tanggung jawab dan amanah orang pencen ni besar. Sesekali jangan lupa pada sang Pencipta Allah rabbul Jalil. Solat pun tidak lagi ambil yang wajib je. Amalan sunat digandakan sebagai nafilah kepada kita. Bicara pun yang elok-elok saja.

Apakah in hakikat sebenar orang pencen, ini pandangan dan pengamatan peribadi saya saja. Mungkin atok-atok yang dah pencen pun mempunyai pandangan yang berbeza. Buatlah apa saja perkara yang mendatangkan menafaat kepada kehidupan kita seterusnya. Selagi nyawa dikandung badan, biarlah hidup kita bermatlamat. 

Macam aku. aku pencen umur 58 tahun. masuk kerja kerajaan pun pada usia yang agak lewat. itulah rezeki aku. Dulu kerja swasta berpuluh tahun. Kerja dalam bidang penyiaran dan kewartawan. Pergi kerja seawal jam 7 pagi, kadang-kadang sebelum subuh dah terpacak kat studio. Kerja Penyiaran ni waktu kena "sharp". Punctual bak kata orang putih. Mana ada berita jam 6 pagi, tetiba kru datang lewat jam 7. Alamat kena DI (Domestic Inquiry) la jawabnya. 

Waktu nak tanda tangan surat persaraan jenuh juga aku nak memikir. Antara 60 ke 58. Cara terbaik adalah istikharoh minta pada Allah untuk beri keputusan yang terbaik. Akhirnya aku pilih persaraan 58 tahun. Isteri aku orang yang paling menyangkal hasrat aku ini. Tapi akhirnya akur juga dan memahami tindakan aku ini. Bayangkan kerja kerajaan badan berkanun ni dalam 14 tahun saja. Kerja swasta lagi lama rasanya. Sempat lah aku lompat-lompat kerja Stesen TV kat Malaysia ni. Cuma yang aku tak masuk Astro dan RTM saja. Kerja Penyiaran 20 tahun dah rasa macam kerja 40 tahun. mana tidaknya, waktu kerja "round the clock". Pernah kerja dari jam 7 pagi balik kesesokan harinya. Kerja memang "all out" Tambah lagi bila bergelumang dengan pembikinan drama ni. habis time semua dilanggar. baik Produsernya, Pengarahnya dan pelakonnya. Jadi kru ni tak de option untuk skip dan rehat. Sebab tu aku sering berfikir, takkan sampai ketua nak jadi macam ni.

Bila peluang mengajar itu hadir dalam kehidupan aku, bila TV3 buka AKTV3, bila pihak pengurusan mencalonkan aku sebagai seorang tenaga pengajarnya. Jadi aku tak fikir panjang terus "grab" tawaran ini. Dari sejak itu aku dah tak undur lagi. Kerjaya pun bertukar Dari seorang kru TV menjadi tenaga pengajar.  Dengan asbab mengajar lah, kepakaran yang dimiliki, banyak universiti awam dan swasta cuba melamar aku. Cuma aku terima lamaran yang satu ni UiTM... Che wahhhh.... Apa tidaknya universiti ini tempat aku mengumpul ilmu-ilmu yang menjadi sumber pekerjaan ku. Sehinggalah anak murid aku panggil aku sifu walau aku sendiri pun tak selesa dengan sanjungan yang sebegitu. tak layak rasanya untuk aku dipanggil dengan gelaran tersebut.

Bila kita bersara ni segala kemuliaan, darjat, pangkat dan sanjungan yang rakan-rakan sekerja kita gelarkan dulu semakin pudar dan amat tidak bermakna. Kerana semua ini tak akan bawa kebahagian untuk kita bawa bila bertemu dengan Allah nanti.Sebab itu aku sarankan bagi yang baru bergelar pesara carilah jalan hidup yang lebih diredai Allah. Jangan fikir nak tukar kereta yang canggih-canggih, bina rumah yang gah-gah. Duit ganjaran yang kita dapat tu walau banyak macamanapun kalau hari hari di korek pasti semakin menipis. Janganlah mengharap pada anak-anak untuk belanja kita. Mereka pun ada kehidupan sendiri. Ada keluarga dan tanggung jawab yang dipikul. Kalau yang belum tunai Haji congak-congaklah simpanan tu untuk bersedia ke tanah suci. Tak payah nak tunggu giliran. Boleh pergi dengan agensi yang berdaftar dengan Tabung Haji. Mahal sikit tak pe. Perabis duit kerana haji tu boleh jadi satu kewajipan bagi yang 'istit'oah (mampu). Jangan nanti kita mendahulukan keinginan kita untuk beli kereta mewah. Bimbang-bimbang percaturan kita yang silap membawa bencana yang parah. Duit habis. Niat tunai haji langsung  tergantung.  Duit tu dah macam air di zaman moden ini. Laju je mengalir. Sedikti sedikit belanja tanpa kita sedari, susut terus mengering. Waktu ni baru kita rasa peritnya keadaan yang mendatang.


Tak payahlah aku nak terangkan definasinya secara teknikal cukuplah sekadar memahami yang dimaksudkan dengan pesara. Pesara aka orang pencen ini adalah orang yang dalam kategori sudah cukup waktu selayaknya untuk menamatkan alam pekerjaan. Kalau di Malaysia ni umur persaraan wajib adalah 60 tahun. Setelah 60 tahun mereka suka ke tak suka wajib dibersarakan. Secara teknikalnya jika anda kerja di sektor awam, anda punya pilihan untuk bersara awal atau bersara wajib dengan syarat-syarat yang telah di wartakan Kadang kita lihat orang dah bersara, tapi kenapa kerja lagi. Yang ini adalah beberapa faktor  dan sebab mereka bekerja kembali tetapi bukan secara tetap cuma diberi taraf pekerja kontrak. Selalunya mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang kritikal sahaja yang mendapat peluang seperti ini. Maka jadinya betul lah ia menjawab topik artikel ini "bagi Pesara, apakah benar-benar bersara?" Ini yang dikatakan dah pencen kerja balik.

Sedikit maklumat, kalau kita lihat pesara ini akan melibatkan beberapa kriteria sepeti dibawah ini:

Apabila seseorang penjawat awam yang sudah TAMAT kerjayanya secara rasmi di dalam perkhidmatan awam atas faktor:
  1. Umur Persaraan;
  2. Kesihatan;
  3. Pilihan; dan
  4. Kematian.

Di bawah undang-undang pencen, persaraan boleh berlaku bagi anggota yang memilih atau berada di bawah skim berikut:

Skim Pencen

1. Pegawai perkhidmatan awam:

  • pegawai yang dilantik tetap sebelum 12.4.1991; atau
  • pegawai yang dilantik tetap pada atau selepas 12.4.1991 dan tidak memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Seksyen 6A Akta 227.

2. Pekerja Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan:

  • pekerja yang dilantik tetap sebelum 1.1.1976 yang memilih Skim Pencen; atau
  • pekerja yang dilantik tetap pada 1.1.1976 hingga 11.4.1991; atau
  • pekerja yang dilantik tetap pada atau selepas 12.4.1991 dan tidak memilih Skim KWSP di bawah Seksyen 6A Akta 239.
Skim Pencen dan KWSP

Pekerja berpencen yang berkhidmat dengan Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan yang mengamalkan sistem saraannya sendiri boleh memilih Skim Pencen Dan KWSP di bawah Seksyen 6E Akta 239.

Skim KWSP

1. Pegawai perkhidmatan awam:

  • pegawai yang dilantik tetap pada atau selepas 12.4.1991 yang memilih Skim KWSP di bawah Seksyen 6A Akta 227.

2. Pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan:

  • pekerja yang dilantik tetap sebelum 1.1.1976 dan memilih Skim KWSP; atau
  • pekerja yang dilantik tetap pada atau selepas 12.4.1991 yang telah memilih Skim KWSP di bawah Seksyen 6A Akta 239; atau
  • pekerja berpencen yang memilih Skim KWSP di bawah Seksyen 6B Akta 239.

 

 Anggota yang memilih Skim KWSP serta orang tanggungan mereka tidak layak diberi apa-apa faedah di bawah undang-undang pencen kecuali pembayaran Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) dan Kad Pesara bagi anggota yang bersara di bawah Subseksyen 6A(5) dan Subseksyen 6A(6) Akta 227/Akta 239 atau yang mati dalam perkhidmatan.


Maklumat in saya kutip dari website portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
(https://pencen.jpa.gov.my/perkhidmatan/urusan-persaraan.html)

Maklumat diatas adalah termaktub untuk peasara-pesara kerajaan dan badan berkanun sahaja. Bagi pekerja swasta, mereka mempunyai kiraan dan panduannya sendiri. Baru-baru ini kerajaan ada memperkenalkan skim persaraan swasta bagi pekerja swasta yang ingin menikmati perancangan persaraan yang lebih sistematik dan baik disamping sistem persaraan yang mengagihkan wang simpanan KWSP kepada pekerja swasta yang mencarum ketika saat persaraan mereka.


TOJO KATAKAWA 
Telok Panglima Garang

Rabu, 11 Disember 2013



SYURGA TEMPAT MU  


MOHD AMSYAR HADIF….

Tanggal 6 Disember 2013






                "Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepadaNya lah jua kita kembali" (QS Al Baqarah:156)

                                                                        كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ  
                                          (Setiap yang bernyawa akan merasai mati). 

Hanya Allah saja yang menetukan panjang pendeknya umur seseorang itu. Ada manusia meninggal waktu usia kecil dan ada yang meninggal pada usia tua. Apabila Allah berkehendakan sesuatu itu berlaku, semua adalah dibawah kekuasaanNya. Kita sebagai manusia mestilah sentiasa bertakwa dan mensyukuri setiap yang Allah berikan kepada kita, samada baik atau buruk kerana semua itu adalah datang dariNya dan atas kehendakNya jua. 

Takziah buat  Puan Narmah dan keluarganya yang menerima musibah dan dugaan dari Allah.  Mohd Amsyar Hadif cucu kesayangan mereka dalam usia semuda 10 bulan telah dijemput oleh Allah untuk menemuiNya. Semoga mereka sekeluarga tabah dalam menghadapi saat-saat yang mungkin sebagai manusia akan merasa dukacita dan hiba atas ujian yang Allah berikan. 

Saat dan ketika inilah kita sebagai hambaNya  akan sentiasa diuji oleh Allah samada kita reda atau tidak dengan musibah yang menimpa. Bagi mereka yang beriman, musibah akan dihadapi dengan reda dan ikhlas. Hati yang reda dan ikhlas ini akan Allah beri ganjaran yang besar. Tidak dikatakan sebagai manusia yang beriman dan bertakwa sehinggalah Allah menurunkan ujian kepada mereka.Di saat ini beruntunglah kepada kedua ibu bapa arwah Mohd Amsyar Hadif. Dalam kedukaan itu ada kegembiraan. Tentunya meninggal dalam seusia 10 bulan itu Allah menjanjikan syurga buat Allahyarham Mohd Amsyar. Kanak-kanak yang belum baligh apabila meninggal dunia tiada dosa baginya, dia dimasukkan ke syurga tanpa hisab dan di akhirat nanti dia akan memimpin kedua ibubapanya untuk masuk syurga bersamanya.  




Al-Imam Muslim dengan sanadnya, meriwayatkan hadis daripada Abi Hassan katanya: "Saya bertanya Abu Hurairah berkenaan dua orang anak saya yang meninggal dunia sebelum baligh, apakah kamu (Abu Hurairah) pernah mendengar berbicara tentang anak-anak itu?

"Kata Abu Hurairah, Ya, ada saya mendengar, bahawa yang meninggal kecil daripada kalangan anak-anak orang Islam, mereka adalah di dalam syurga bersama ibu bapa mereka."



                                    


Kepada kedua ibu bapa Allahyarham Mohd Amsyar Hadif, tabahlah menghadapi dugaan, Jangan bersedih. Saat kesedihan terus menimpa kita, mungkin kita alpa atau hilang kesedaran, bahawa Allah SWT bersama kita.

Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS Ar Ra’d:28)

Sudah tentunya pintu syurga  telahpun terbuka untuk anak anda. Kita yang hidup ini haruslah  memikul tanggung jawab sebagai hamba Allah yang istiqomah  melakukan perintahNya, kerana misi utama sebagai manusia bukanlah  mencari kegemberiaan dan kesenangan dunia, kerana akhirat jua lah akhirnya yang dituju.Penuhkan diri dengan amalan dan suruhan Allah. Jadikan diri sebagai umat yang beriman dan bertakwa supaya akhir kita nanti akan mendapat husnul khotimah dan di beri ganjaran syurga.

Wallahu aklam bissawab. 



Jumaat, 3 Februari 2012

My first attempt to create personal blog

Assalamualaikum...To all Muslim friends
and Hi everyone!! First of all I would like to praise to Allah the Almighty for giving me the strength and healthy to me in constructing the word   for creating my first personal blog. with the help and guidance from Allah finally I could manage to create my own blog. With this blog  I could   share my  experience in Videography and Photography to others. Let me introduce my self. I'm a Malaysian who are having experience in video for almost 25 years. I started my carrier in video after graduated from Mara Institute of Technology currently known as Mara University of Technology.Working as a cameraman since 1988 at TV3 Malaysia gained me vast experience in video camera handling especially in single camera and multiple camera for various kind of program from sports, to current affairs, documentary, drama and  entertainment. The best part of being cameraman I had  the opportunity to travel across the world.
I will share my knowledge and experience in video and photography field on this blog.

 "Whoever is kind, Allah will be kind to him; therefore be kind to man on the earth. He Who is in heaven will show mercy on you."(Abu Daud: Tirmidhi)


Everyone!!! wait for my future posting articles.. see you then...Wassalam.